Friday, October 29, 2010

MERAPI MENGAMUK

Gunung Merapi yang telah diramal oleh pakar bakal meletus beberapa lama dahulu akhirnya telah membuktikan kuasanya. Gunung
merapi telah mengeluarkan awan panas pada hari Selasa (26/10). Letusan terjadi sejak pukul 17.02 WIB,
letusan terdengar letusan sebanyak tiga kali, kemudian terjadi erupsi dan awan panas.

Munculnya awan panas pertama yang muncul pada pukul 17.02 WIB tersebut mengarah ke arah barat, luncuran awan panas kedua tidak dapat terpantau dengan baik kerana keadaan cuaca di puncak Merapi cukup gelap dan hujan, ini yang menyebabkan beberapa korban terbakar. Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kegunungapian (BPPTK) Yogyakarta mengarahkan semua petugas keluar dari pos pengamatan pada pukul 18.05 WIB. Awan panas tahun ini lebih lama daripada tahun 2006 yang cuma 6 minit, ini menunjukan tenaga yang cukup besar.

Berikut adalah kornologi letupan besar gunung merapi

1. Pukul 17.02 mula terjadi fenomena awan panas selama 9 minit
2. Pukul 17.18 terjadi awan
panas selama 4 minit3. Pukul 17.23 terjadi awan panas selama 5 minit
4. Pukul 17.30 terjadi awan panas selama 2 minit
5. Pukul 17.37 terjadi awan panas selama 2
m
init
6. Pukul 17.42 terjadi awan panas besar selama 33 minit
7. Pukul 18.00 sampai dengan 18.45 terdengar
bun
yi seperti guruh dari Pos Pengamatan Merapi di Jrakah dan Selo
8. Pukul 18.10, pukul 18.15, pukul 18.25 terdengar bunyi dentuman
9. Pukul 18.16 terjadi awan panas selama 5 minit
10. Pukul 18.21 terjadi awan panas besar selama 33 minit
11. Dari pos Pengamatan Gunung Merapi Selo
terlihat nyalaan api bersama kepulan asap meletus ke atas setinggi 1.5 km dari puncak Gunung Merapi12. Pukul 18.54 aktiviti awan panas mulai mereda
13. pergerakan awan panas mengarah ke sektor Barat-Barat Daya dan sektor Selatan-Tenggara



















































































No comments:

Post a Comment