Thursday, November 18, 2010

rahsia penawar air

Air, Air Sejuk dan Ais
Air merupakan asal kejadian atau penciptaan semua unsur yang hidup di alam ini. Semua benda jika dikaji dari sudut sains adalah terjadi daripada unsur air. Semua benda itu pula amat alah dan akan kembali menjadi air. Air yang baik dan hidup ialah air yang mengalir. Jika air itu kaku disuatu tempat maka ia akan menjadi busuk dan kotor. Maka di situlah peranan pergerakan (sembahyang) amat penting dalam penjagaan kesihatan. Bagi air yang beku atau ais, ia sebenarnya memiliki struktur yang amat kukuh dan stabil dan inilah sebabnya kenapa mandian ais dan Seri Wajah juga akan memperbaiki struktur atom yang lemah atau longgar serta boleh meningkatkan kandungan Oksigen dalam tubuh.

Air, udara dan angin merupakan unsur hidup yang bercas negetif atau elektron yang jika ini tiada didalam tubuh maka manusia yang mempunyai cas positif atau proton tidak dapat digetarkan atau meneruskan kehidupan. Tubuh manusia memegang kunci kepada rahsia tanah yang sebenarnya unsur mati yang tidak boleh tidak memerlukan unsur air dan angin sebagai tenaga luaran.

Fakta Al-Quran mengenai peratusan air dan tanah bumi ini adalah sejajar dengan fakta saintifik. Ini terbukti Islam dalam pandangan Al-Quran menyebut sebanyak 32 kali tentang lautan (air) dan 13 kali tentang daratan (tanah). Jika ini dihitung maka peratusan air juga adalah memenuhi 71.111% ruangan tubuh. Iaitu 32 ditambah dengan 13 persamaan dengan 45. Maka peratusan air adalah 32/45 x 100 iaitu 71.111% dan tanah 13/45 x 100 bersamaan dengan 28.888%.

Ini membuktikan air menguasai alam dan tubuh. Tubuh kita adalah penyimpan rahsia alam. Maka air adalah amat penting dalam konsep rawatan manakala tanah atau daratan pula amat penting dalam konsep mengenal kejadian atau penciptaan diri kita. Atas tamadun Islam inilah dijadikan titik tolak (panduan) kepada ahli-ahli sains untuk membuat pemerhatian dan kajian agar ilmu tetap membawa amal dan pengajaran yang menguntungkan.

Air mengimbangi kawanan tekanan rendah
Orang yang kekurangan air adalah terdedah kepada gelombang yang memberi tekanan perasaan dan secara tidak langsung kemampuan otak untuk berfikir atau berfungsi menjadi lambat dan lemah. Dengan bekalan air yang sedemikian, maka air tadi akan dapat mengesan dan mengimbangi kawasan tekanan rendah yang dipenuhi dengan gas-gas lengai di dalam tubuh yang memberikan tanda-tanda sengal, kebas, bisa-bisa dan seumpamanya. Tubuh atau jasad adalah seumpama unsur yang mati jika kekurangan air. Jika ini berlanjutan, maka kita sebenarnya menuju ke arah kemerosotan nilai kehidupan.

Daya hidup yang mementingkan kebersihan belum dapat menentukan medan tenaga di persekitaran tempat tinggal anda turut bersih. Faktor sudut dan perletakan barang, jenis barang hiasan, warna-warna, cahaya dan pengaliran udara juga mempengaruhi keadaan medan tenaga tersebut samada menjadi panas dan kering atau sejuk dan basah. Sejuk dan basah akan menceriakan atau mengharmonikan persekitaran tempat tinggal dan dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang ke tahap yang optimum. Bagi mendapatkan gelombang persekitaran sejuk dan basah tersebut, maka airlah yang memegang kunci tersebut.

Kemulian Air Pada Pandangan Islam
Air juga adalah makhluk atau hamba Allah SWT seperti kita. Allah SWT menciptakan segala sesuatu yang hidup daripada air. Air akan taat kepada perintah manusia yang sentiasa patuh kepada Allah SWT. Contohnya Saidina Omar Al-Khatab di zaman pemerintahannya pernah mengarahkan air sungai Nil supaya mengalir semula secara ‘vibration’. Ini boleh terjadi kerana ia mempunyai gelombang yang bertindak mengikut niat kita.

Air dan niat
Air sebenarnaya mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri manusia.

Angin dan air adalah unsur hidup kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu juga dengan mahluk-mahluk yang lain. Rahsia Kaabah yang mempunyai ‘signal’ yang paling kuat melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) yang juga memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air zam-zam dan batu hitam (hajarul aswad) di tepinya. Hakikat niat yang dilakukan secara penyerahan adalah isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh. Hembusan dari hidung yang mengeluarkan wap-wap air daengan kandungan karbon dioksida adalah cara memberi mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat.

Rahsia kehebatan air sembahyang
Perawatan menggunakan air adalah sunnah nabi. Mengambil air sembahyang atau kerap mandi adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yang tidak dapat diselubungi oleh aura yang buruk dan merugikan. Air sembahyang atau wudhu’ sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan jasmani dan rohani. Mengekalkan air sembahyang atau wudhu’ dapat memelihara semua deria atau pancaindera kita daripada gelombang jarak jauh yang melalaikan. Air wudhu memegang rahsia penyucian diri dan iman. Keimanan inilah yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dan tenang (hening). Kuman atau unsur-unsur tenaga jahat dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhu dan mandi.

Konsep Mandian (Hidroterapi) Sebagai Rawatan

Fakta Saintifik
Dalam kehidupan seharian kita terdedah kepada pelbagai bentuk gelombang di sekeliling kita sama ada yang baik atau sebaliknya. Gelombang tersebut adalah bersifat ghaib atau ‘visual’ iaitu tidak mampu dilihat oleh mata kasar kita. Kita perlu mencuci aura tubuh supaya tidak dipengaruhi oleh radiasi yang terdapat di persekitaran tubuh. Radiasi yang tidak didingini ini wujud disebabkan oleh pendedahan yang berlebihan kepada sinar matahari dan pemakanan yang berlebihan yang gagal dicernakan dengan sempurna bagi pertukaran karbon dalam usus. Ini secara tidak langsung menyebabkan merosotnya kandungan air atau Hidrogen yang turut mencemarkan aura kita dari dalam tubuh.

Air Pembersih Aliran Tenaga Yang Kotor
Campuran dan pencemaran tenaga dengan peralatan elektrik dan elektronik seperti ketuhar letrik, aliran elektrik, gelombang radio, komputer, televisyen dan seumpamanya boleh diukur dengan peralatan moden. Ini telah diketahui oleh orang-orang zaman dahulu sebelum penemuan alat-alat pengukur bahawa kesemua kecanggihan tersebut perlu dikawal. Pengawalan ini perlu untuk mengharmonikan gelombang yang amat kuat pengaruhnya terhadap keseimbangan dalaman sel-sel tubuh di tahap spiritual, emosi dan mental.

Air dan Keabadian Tenaga
Gelombang atau segala bentuk tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh diputuskan. Bentuk tenaga atau gelombang yang buruk ini memerlukan air sebagai kuasa pemutus yang baik. Walaubagaimanapun gelombang-gelombang ini tetap akan bertemu atau bersambung semula.

"Kerja-kerja pembersihan aura atau gelombang ini perlu dilakukan secara konsisten seperti pengambilan air sembahyang atau wudhu’ sebanyak lima kali sehari".

Kita mempunyai pilihan untuk menentukan tenaga atau daya hidup yang paling selamat dan semulajadi untuk kita guna atau amalkan dalam rawatan atau penjagaan kesihatan kita pada semua tahap spiritual, emosi dan mental.

Di zaman teknologi ilmiah, kini Aroma Therapy dengan komponen air adalah kesatuan vital yang paling selamat dan semulajadi untuk rawatan penyakit secara menyeluruh sehingga ke tahap gangguan spiritual.

Penggunaan di waktu malam berkesan
Aroma Therapy Vibration amat berkesan digunakan apabila pesakit menggunakannya di waktu malam dan amat menakjubkan kesannya jika pesakit tidur di tempat yang tidak disinari cahaya. Rahsia air sejuk (kombinasi air dan ais) serta Aroma Therapy sebagai penghantar isyarat getaran dengan kelajuan gelombang yang tinggi menjadi penawar dan mampu menguasai pelbagai bentuk gelombang yang rendah yang telah gagal berinteraksi dengan tujuh sistem cakra yang mengikut susunan warna pelangi di dalam tubuh kita.

Mengapa Anda Harus Menggunakan Aroma Therapy Vibration?
Kerana cara penggunaannya amat mudah dan ringkas serta keupayaannya bertindak sebagai agen pencegahan, pertahanan dan penyembuhan yang paling sesuai untuk seisi keluarga.

Teknologi tinggi Colour Vibration Therapy berupaya meniru, menyerap, merakam dan memerangkap getaran gelombang berfrekuensi tinggi dan laju ke dalam pati Aroma Therapy Vibration.

Mandian ais suatu kehebatan
Mandian ais dengan Aroma Therapy Vibration akan meningkatkan jumlah Oksigen di dalam darah dan meneutralkan gas-gas lengai yang mengganggu tahap kecerdasan seseorang. Kuasa air sejuk (air dan ais) serta Seri Wajah bertindak sebagai peneutral yang ideal dan dapat menghantar isyarat gelombang dengan laju kedalam sistem tubuh.

Air yang mempunyai kuasa semulajadi dapat menentukan kelajuan penghantaran gelombang bergantung kepada keperluan tenaga yang diperlukan oleh tubuh seseorang. Suatu perkara yang harus diingat iaitu air yang mengalir dan jernih juga mempunyai rahsia kelajuan cahaya yang menyerlahkan lagi sinar cantik pada aura anda. Mandi bagi orang yang demam akan dapat mengimbangi sistem organ atau pergerakan cecair atau limfatik tubuh dan juga darah yang cukup bekalan Oksigen.

Bulu Roma sebagai deria yang tercanggih bagi mengesan isyarat gelombang dalam wap-wap air
Deria atau antena yang mempunyai cas-cas neutron bertindak sebagai reseptor penganalisa dan penerimaan getaran gelombang (Elektromagnetik) terletak dalam rahsia bulu roma kita yang terdapat di mata, di dalam hidung dan telinga. Manakala gigi sebagai pengesan elektrokimia untuk kekuatan tulang (Struktural). Bulu roma adalah pancaindera yang unggul sebagai mata minda atau mata batin yang menghubung dan mengimbangi antara kita dan kebesaran alam. Adalah sangat efektif untuk pelbagai jenis penyakit jika kita menambahkan sedikit sulfur dan garam kepada air mandian. Ais dapat menyerap elektron dari udara sekitarnya dan melepaskannya semula ke bahagian luar tubuh kita.

Air yang ditambah tenaga sebagai kuasa pemangkinan di dalam Aroma Therapy Vibration
Manusia memiliki 99 peratus tenaga atom dan tubuh manusia boleh menyimpan tenaga serta boleh bertindak sebagai reaktor nuklear yang hebat. Aroma Therapy Vibration dirumus secara khusus dengan ditambah tenaga ‘partikal pemercepatan pemangkinan’ bagi mengekplotasi kehbatan ini. Mandian ais yang telah dititiskan beberapa titik Seri wajah dapat meningkatkan tenaga yang rendah pada tubuh dan melepaskan tenaga tersekat serta mengubah pola atau medan elektrik atau sinar X dan radioaktif yang mencemarkan aura serta mengganggu sistem tubuh dengan mempercepatkan atau melambatkan frekuensi tenaga setiap sel-sel yang tertentu. Warna dari cahaya yang terperangkap di dalam memori ais amat kuat mempengaruhi keseimbangan sel-sel tertentu dalam sistem tubuh kita.

Mandian yang kerap dan konsisten selama tujuh hari dengan menggunakan Aroma Therapy Vibration akan mengubah spiritual, emosi dan mental ke tahap yang lebih menceriakan. Secara perlahan-lahan anda akan mengalami perubahan fizikal sehingga ke tahap yang lebih bertenaga , mengurangkan tanda-tanda keskitan seperti kebas, kejang, ngilu dan akhirnya anda akan pulih daripada gangguan kesihataaan yang mengelirukan.

Mandian air yang ditambah dengan Aroma Therapy Vibration serta ais dapat memutuskan gelombang radiasi luaran yang mana jika selagi tidak diputuskan ianya akan menjadi tarikan kepada kebocoran radiasi dari dalam tubuh. Bahagian perut dan usus dikenalplasti menjadi sumber radiasi tersebut dengan kemunculan asid sebagai kuasa tarikan kerana ia mewujudkan kawasan tekanan paling rendah. Aromatherapy berupaya merangsang kelenjar pineal melalui isyarat deria bulu roma melalui konsep media (Hidroterapi) menuju ke sasaran mahkota teratas di pusat kawalan iaitu kelenjar pineal dan ini akan meningkatkan paras melatonin.

AIR DAN KEAJAIBAN MELATONIN
Alami perasan awet muda dengan pengambilan jumlah air yang mencukupi dan tingkatkan tahap immunisasi tubuh untuk mementang segala jenis alahan.

Penggunaan Aroma Therapy Vibration akan mencuci aura-aura yang buruk di persekitaran tubuh dan menjadi benteng atau perisai halus agar tubuh tidak ditembusi oleh gelombang-gelombang yang merugikan. Colour Vibration Therapy mengenalpasti bahawa 75% penyakit sebenarnya bermula daripada gangguan kerohanian.

Ramai yang menggunakan Aroma Therapy Vibration untuk mendapatkan kesan Teraupatik memperbaiki diri dan kualiti kehidupan yang mengalami kemerosotan nilai seperti (sedih, kecewa, putus-asa, keliru, patah hati, terperanjat, melatah, gelisah, murung, bingung, tertekan, dan sebagainya.

-Dr Norhisham Wahab

No comments:

Post a Comment